Saya berharap agar blog ini menjadi panduan untuk guru-guru yang akan mengajar di tahun 1.
Isnin, 24 Oktober 2011
REPTILIA
Reptilia ialah binatang yang bertelur. Binatang ini bernafas melalui paru-paru. Contoh reptilia ialah ular, kura-kura, dan penyu.
MAMALIA
Mamalia ialah haiwan yang beranak, menyusu dan menjaga anak. Mamalia mempunyai bulu rambut pada badan. Contoh mamalia ialah kucing, lembu, kerbau, kambing, arnab, dan manusia.
AMFIBIA
Amfibia ialah binatang yang boleh hidup dua alam iaitu di air dan di darat. Katak dan kodok ialah binatang yang dikategorikan di dalam amfibia. katak dan kodok bernafas melalui kulit lembap dan paru-paru. Anak katak dan kodok dikenali sebagai berudu.
Blog saya menceritakan tentang burung. Burung merupakan sejenis haiwan yang berkaki dua, mempunyai sepasang kepak, berbulu pelepah dan berdarah sejuk. Burung pemangsa atau burung yang makan haiwan lain mempunyai kuku dan paruh yang tajam. Burung yang makan tumbuh-tumbuhan mempuntai kaki dan paruh tidak tajam.
Blog ini memamparkan tentang dunia haiwan. Haiwan terbahagi kepada empat iaitu mamalia, reptilia, amfibia, dan burung. Haiwan merupakan sejenis benda hidup. Ada haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan dan ada yang makan haiwan lain.